Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat memasuki fasa kritikal di tengah-tengah ketegangan geopolitik serantau. Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS di Qatar menambahkan tekanan terhadap keputusan dasar perdagangan Washington. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Dr. Ahmed Razman mengupas keupayaan Malaysia dalam mempertahankan kepentingan sektor strategik seperti E&E, keupayaan negara mengurus masa menjelang 8 Julai, serta kekuatan strategi diversifikasi pasaran.