Shuttle Tebrau akan ditamatkan 2027 selepas 12 tahun beroperasi

Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Shuttle Tebrau, yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bakal ditamatkan pada 2027 selepas 12 tahun beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata penamatan itu susulan pengoperasian Rapid Transit System Link (RTS Link) yang akan bermula pada 2027.

Katanya, KTMB Shuttle Tebrau satu daripada mod pengangkutan yang membawa penumpang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura yang mula beroperasi pada 1 Julai 2015.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdera #mahkamah #perintahreman #KarnivalSiangMalam