Laporan Jantina Global 2025 oleh World Economic Forum mendedahkan bahawa dunia masih memerlukan satu abad untuk mencapai kesaksamaan jantina sepenuhnya. Jurang ini berpunca daripada kelewatan adaptasi dasar, bukan sahaja di negara membangun tetapi juga di negara maju. Editor Kanan Astro AWANI, Najib Aroff, mendapatkan pandangan eksklusif daripada Pengarah Urusan World Economic Forum, Saadia Zahidi, di Annual Meeting of the New Champions 2025 (AMNC25) di Tianjin, China.
