Wanita nafi ugut, simpan gambar lucah madu

Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Melaka pada Rabu atas tiga pertuduhan mengugut dan memiliki gambar lucah madunya yang merupakan seorang guru, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Yaacob.

Tertuduh, Herni Sofini Omar, 53, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan mangsa berusia 45 tahun dengan menyebarkan gambar-gambar lucah melalui kiriman surat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736641/berita/semasa/wanita-nafi-ugut-simpan-gambar-lucah-madu

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#karnivalsiangmalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #ugutmadu