Jualan kenderaan elektrik Tesla susut 13 peratus dalam tiga bulan terakhir ini, ketika syarikat itu terus berdepan kempen boikot berkait pandangan politik Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk.<br /><br />Penurunan ini mencerminkan kesan berpanjangan daripada sokongan terbuka Musk terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan tokoh sayap kanan di Eropah yang dilihat menjejaskan jenama Tesla di mata pengguna.<br />