Wanita hamil, suami dipenjara kerana mencuri

Seorang wanita hamil dan suaminya dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berasingan membabitkan kes rompakan barang kemas, pelupusan harta curi dan mencuri di rumah inap desa dalam kejadian berasingan di Melaka dan Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh, Jasila Jamaruddin, 31, yang sedang mengandung lima bulan dan merupakan ibu kepada empat orang anak, serta suaminya Muhammad Aliff Aiman Zaini, 24, membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Melaka pada Jumaat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737016/berita/semasa/ibu-hamil-suami-dipenjara-kes-rompak-barang-kemas-curi-barang-di-rumah-inap-desa

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rompakbarangkemas #lupusharta