Dalam wawancara eksklusif ini bersama Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, kami membincangkan bagaimana dasar fiskal berskala besar Amerika Syarikat melalui pelaksanaan One Big Beautiful Bill Act bukan sahaja memberi kesan langsung kepada rakyatnya melalui pemotongan cukai dan pengurangan subsidi sosial, tetapi juga mencetuskan kesan limpahan terhadap kestabilan fiskal global, memperluas jurang ketidaksamaan pendapatan, melemahkan nilai dolar AS, serta menimbulkan persoalan besar terhadap masa depan ekonomi dunia dan keadilan sosial sejagat.
