Empat lelaki dipenjara curi mesin penapis air di masjid

Empat individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Seremban pada Selasa atas pertuduhan mencuri mesin penapis air di dua masjid berasingan di Mantin dan Lenggeng pada 30 Jun dan 1 Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar

Tertuduh, Mohd Akiq Faiqal Idris, 29; Muhammad Danial Darishan Muhamad Ruduan, 19; Muhammad Syaiful Muhamad, 29; dan Muhammad Zulfikri Sulaiman, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di dua kamar berasingan di hadapan Majistret Saiful Sayoti dan Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka secara bersama telah melakukan kesalahan itu di Masjid As-Siddiqin, Batang Benar, Mantin kira-kira jam 8.11 malam, 30 Jun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737604/berita/semasa/empat-lelaki-dipenjara-curi-mesin-penapis-air-di-masjid

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #curipenapisair #Seremban