Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan memuncak di Asia Barat yang berisiko mencetuskan konflik serantau dengan kesan global.<br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan sepihak sebuah negara terhadap jirannya bukan sahaja mencabar kedaulatan, tetapi turut mengancam keselamatan tenaga, kestabilan global dan prinsip undang-undang antarabangsa.<br />
