Dalam sesi analisis bersama Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari, penganalisis ekonomi, perbincangan tertumpu kepada pendekatan Malaysia dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat yang dijalankan secara “good faith” seperti ditegaskan oleh MITI, termasuk prinsip utama yang perlu dipertahankan untuk melindungi kepentingan strategik negara, taktik dan mekanisme rundingan yang boleh dimanfaatkan seperti leverage sektor eksport utama dan konsesi terpilih, penyesuaian dasar fiskal dan monetari untuk mengurangkan kesan tarif unilateral 25% yang bakal berkuat kuasa, serta strategi diversifikasi pasaran dan “trade diversion” dalam jangka pendek, di samping memastikan konsesi tidak menjejaskan industri tempatan dan pembangunan mampan, serta peranan penting ASEAN dan kerjasama serantau dalam memperkukuh kedudukan Malaysia melalui rundingan kolektif dan pembentukan pakatan dengan negara-negara yang turut terkesan.
