Kira-kira 500 jemaah menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat sempena ulang tahun kelahiran ke-100 bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.<br /><br />Majlis yang diadakan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada malam Khamis itu turut meraikan ulang tahun kelahiran Tun Dr Siti Hasmah yang bakal disambut pada 12 Julai ini.<br />