Surprise Me!

Syria meterai perjanjian RM3.76 bilion dengan DP World

2025-07-14 18 Dailymotion

Syria memeterai perjanjian bernilai US$800 juta (RM3.76 bilion) dengan syarikat pengendali pelabuhan global, Dubai Ports World (DP World), dalam langkah strategik bagi memperkukuh infrastruktur pelabuhan dan logistik negara itu. Perjanjian tersebut dimeterai selepas penarikan balik sekatan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada 30 Jun, dan menjadi perjanjian pelaburan asing pertama diumumkan oleh pentadbiran baharu Syria di bawah Presiden Ahmad al-Sharaa. Ia turut menandakan kesinambungan kepada memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Mei lalu bagi pembangunan terminal pelbagai guna di Pelabuhan Tartus.

Buy Now on CodeCanyon