Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz berkata peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja tidak boleh dikaburi dengan peranan Perdana Menteri untuk menasihati institusi diraja tersebut berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Jelasnya, dalam isu pelantikan hakim ini institusi diraja mempunyai ruangan luas untuk merundingkan sebarang pencalonan yang dikemukakan. #DialogTigaPenjuru
