Seorang lelaki yang tular melibas parang dalam operasi meroboh di Desa Pandan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara melibas parang.<br /><br />Bagaimanapun tertuduh Izat Saini @ Zaini, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Amira Abd. Aziz.