Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah ini mencatatkan angka 100 setakat jam 2 petang Sabtu, menghampiri paras tidak sihat menurut kategori Jabatan Alam Sekitar (JAS).<br /><br />Menurut laman web JAS, Port Dickson merekodkan IPU tertinggi, diikuti Johan Setia, Selangor (98), dan Cheras (92).