Surprise Me!

Lebih 46,000 kes jenayah siber dibuka setakat 2024 - Saifuddin

2025-07-23 40 Dailymotion

Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan sebanyak 46,086 kertas siasatan jenayah siber telah dibuka sepanjang 2024, merangkumi pelbagai akta termasuk Kanun Keseksaan, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagi memperkukuh tindakan, beberapa pindaan undang-undang telah diluluskan, termasuk penambahan seksyen 424A dan 424B dalam Kanun Keseksaan untuk membanteras akaun 'mule', serta perluasan kuasa pembekuan akaun kepada pegawai berpangkat sarjan.

Selain itu, kempen kesedaran turut digiatkan dengan lebih 10,000 program dijalankan oleh KDN, PDRM dan Kementerian Digital, termasuk Jelajah Anti-Scam Kebangsaan serta program pemerkasaan keselamatan siber.

#AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat

Buy Now on CodeCanyon