Sebuah syarikat kontraktor yang terlibat dengan Kementerian Pertahanan dikenakan denda berjumlah RM162 juta susulan kegagalan mematuhi syarat kontrak tegas Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Haji Adly bin Zahari.

Daripada jumlah tersebut, RM53.93 juta akan diperoleh melalui jaminan bank (bank guarantee) yang telah diarah untuk dirampas pada 25 Jun 2025. Manakala baki denda sebanyak RM108.83 juta akan dituntut menerusi kaedah set off, iaitu melalui kontrak semasa syarikat dengan kementerian atau kutipan berasingan.

Menurut Kementerian Pertahanan, syarikat terbabit masih mempunyai kontrak lain bersama kerajaan dengan nilai yang jauh melebihi amaun denda, dan tindakan pemulihan sedang dijalankan selaras dengan ketetapan Panel Penyelaras Kontrak.

#AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat