Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menyambut baik siri inisiatif strategik dan berfokuskan rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.<br /><br />Dalam satu kenyataan, Presiden NCCIM, Datuk Seri N. Gobalakrishnan berkata, inisiatif itu disifatkan sebagai langkah tepat dan memberi impak besar kepada rakyat serta komuniti perniagaan.