Ceroboh tanah Kerajaan Persekutuan: 465 kes sejak 2015

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan sebanyak 465 kes pencerobohan tanah milik Persekutuan direkod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) antara tempoh 2015 sehingga Mei lalu.

Beliau yang pernah menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, memaklumkan jumlah keluasan tanah dimiliki Kerajaan Persekutuan adalah 215,406 hektar.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad mengenai jumlah tanah milik kerajaan Persekutuan yang diceroboh di seluruh negara dan khusus di Pulau Pinang, sewaktu sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740676/berita/nasional/465-kes-ceroboh-tanah-milik-kerajaan-persekutuan-direkod---johari

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #cerobohtanahkerajaan #kerajaanpersekutuan