Surprise Me!

Kerajaan teliti keperluan penyedia platform labelkan kandungan AI - Fahmi

2025-07-29 2,994 Dailymotion

Kerajaan teliti keperluan penyedia platform labelkan kandungan AI - Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sedang meneliti keperluan penyedia platform media sosial melabelkan kandungan yang menggunakan janaan kecerdasan buatan (AI) atau berunsur palsu asli bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Menurutnya, pelaksanaan itu akan dibuat menerusi beberapa peraturan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 (Akta 868) yang dijangka berkuat kuasa menjelang akhir tahun ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengenai kebimbangan kandungan janaan AI berunsur palsu asli yang mengelirukan serta cabaran mengatasi keadaan itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #kandunganAI #labelkandunganAI

Buy Now on CodeCanyon