Reman suspek bunuh wanita hamil disambung tujuh hari

Tempoh reman terhadap suspek kes bunuh seorang wanita hamil yang maut ditembak dalam kejadian di Kampung Repek di Pasir Mas pada 3 Jun 2022 lalu, disambung selama tujuh hari bermula 31 Julai hingga 6 Ogos, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali.

Permohonan reman tersebut dibuat bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741009/berita/semasa/reman-suspek-bunuh-wanita-hamil-disambung-tujuh-hari

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #reman