Malaysia tidak lindungi Riza Chalid

Malaysia tidak akan melindungi taikun minyak Indonesia, Riza Chalid daripada sebarang siasatan atau pendakwaan berkaitan kes rasuah.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, isu melibatkan Riza adalah perkara undang-undang dan pendirian kerajaan jelas bahawa tiada perlindungan akan diberikan kepada individu yang berdepan pertuduhan jenayah.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN–Machang) yang bertanyakan sama ada isu Riza akan mengganggu rundingan sempadan dengan Indonesia.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741074/berita/nasional/malaysia-tidak-lindungi-riza-chalid-ndash-mohamad-alamin

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #RizaChalid