Pelaksanaan inisiatif seperti Hab Hidrogen Sarawak dan Jaminan Bekalan Tenaga Sabah dijangka memperkukuh infrastruktur tenaga di Sabah dan Sarawak, di samping menarik pelaburan berimpak tinggi, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan menggalakkan pembangunan teknologi bersih demi manfaat rakyat di kedua-dua negeri.

Sementara itu, bagi negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu, pembangunan akan dipacu menerusi pewujudan hab pengeluaran makanan negara yang bersepadu dan berdaya saing, sekali gus membuka peluang ekonomi baharu khususnya kepada komuniti luar bandar.

#AWANInews