Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan tempoh perjanjian atau kontrak penyelenggaraan jalan Persekutuan beberapa syarikat konsesi akan tamat tahun depan.

Menurutnya, bagi memastikan kerja yang dilakukan berkualiti, pihaknya telah meletakkan skop baharu dalam perjanjian bagi syarikat konsesi yang bakal dilantik dengan memasukkan pelantikan juruaudit luar.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mengenai pendekatan yang sedang dirancang oleh KKR bagi memastikan aspek penyelenggaraan jalan raya diberikan perhatian secara lebih seimbang.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #KKR #selenggarajalan