Lima lelaki warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jumaat atas pertuduhan memiliki hampir 10 tan gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen sah di sebuah premis di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh, Mohammad Ali, 32; Zulfan Fauzi, 31; Nazrullah, 34; Marhaban, 31; dan Adnan, 28, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741376/berita/semasa/lima-lelaki-warga-indonesia-mengaku-salah-miliki-lpg-tanpa-lesen

#SinarHarian #BeritaSemasa #LPG #WargaIndonesia #MilikiLPGTanpaLesen