Seorang ibu tunggal merayu agar siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya yang meninggal dunia selepas menyertai latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor, baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mendakwa kematian anaknya, Syamsul Haris Shamsuddin, 22, menimbulkan pelbagai persoalan berikutan keadaan fizikal mangsa yang dilihat tidak sepadan dengan alasan awal yang diterima iaitu akibat sawan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741391/berita/semasa/ibu-gesa-siasat-kematian-anak-selepas-jalani-latihan-palapes

#SinarHarian #BeritaSemasa #Palapes #IbuGesa #Siasat #KematianAnak