Insiden OKU: Tiada pintu penghadang platform di stesen LRT lama

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, reka bentuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang tidak dilengkapi pintu keselamatan platform dikenal pasti sebagai antara punca insiden melibatkan penumpang terutama Orang Kurang Upaya (OKU).

Jelasnya, stesen rel terdahulu terutamanya stesen LRT direka bentuk tanpa penghadang fizikal di antara platform dan tren, berbeza dengan kemudahan terkini seperti stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang dilengkapi sistem keselamatan sepenuhnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin yang ingin tahu kelemahan utama yang telah dikenal pasti selepas tragedi seorang lelaki OKU penglihatan maut akibat terjatuh dan digilis tren di Stesen LRT Wangsa Maju pada Februari lalu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #OKU #pintukeselamatanplatform