Malaysia #QuranHour 2025 yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya bakal mengetengahkan misi #ResetRasa selari tema besar iaitu 'Merdeka Dengan Rasa' berpandukan tiga surah utama seperti Surah al-Saff, Surah al-Balad dan Surah Ali' Imran, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, strategi dalam menyebarluas gerakan Malaysia #QuranHour kali ini perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan iaitu menerusi 'content' atau kandungan video bagi menarik perhatian masyarakat tidak kira orang lama mahupun generasi baharu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742550/khas/quranhour/malaysia-quranhour-2025-ketengah-tema-merdeka-dengan-rasa

#SinarHarian #BeritaSemasa #QuranHour #WUIF #HussamuddinYaacob #MerdekaDenganRasa #ResetRasa