PELAKON terkenal, Fasha Sandha tidak menganggap diri dikenali ramai, sebaliknya hanya orang biasa.
Menurut Fasha, sifatnya yang bersederhana dan merendah diri memang sudah sebati dalam diri sejak dahulu lagi.

"Saya kekal jadi diri sendiri dan bersikap merendah diri dengan orang lain," ujarnya ringkas namun penuh makna.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu diminta mengulas mengenai video tular melibatkan seorang wanita warga emas yang tidak mengenalinya, malah secara berseloroh mahu 'kenenkan' pelakon tersebut dengan cucunya.

Pelakon drama ' Dzikir' itu bagaimanapun tidak berkecil hati dengan situasi tersebut, malah menganggap ia sebagai satu momen lucu dan mencuit hati.

Fasha yang juga isteri kesayangan pelakon Aidil Aziz berkata demikian ketika ditemui SinarPlus pada majlis pembukaan cawangan terbaharu Kopi Saigon di MyTown, Cheras.