Anggota imigresen didakwa rompak warga Pakistan

Seorang anggota imigresen berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga Pakistan di Rembau, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Mohd Nazrul Md Yasin, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742901/berita/semasa/anggota-imigresen-didakwa-rompak-warga-pakistan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rompak