Surprise Me!

Warga emas maut dipercayai mangsa hutang along Singapura

2025-08-13 3,918 Dailymotion

Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran lima rumah di Kampung Bukit Siput, Segamat pada 25 Julai lalu, dipercayai menjadi mangsa hutang yang dibuat ahli keluarganya dengan sindiket along Singapura, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ketua Polis Johor, Komisioner Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan mendapati rumah mangsa menjadi sasaran suspek lelaki berusia 21 tahun diupah RM1,000 oleh sindiket along untuk membakar rumah peminjam yang gagal membayar hutang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743295/berita/semasa/warga-emas-maut-dipercayai-mangsa-hutang-along-singapura

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #WargaEmas #Maut #SindiketAhlong

Buy Now on CodeCanyon