Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mahu siasatan kes buli seorang murid berusia 10 tahun di Johor disegerakan agar tindakan segera dapat diambil. Beliau menegaskan tiada kompromi terhadap salah laku buli di institusi pendidikan. Mangsa yang menghidap kanser hidung kini mengalami gegaran otak selepas menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama Februari lalu. Pelaku berusia 12 tahun didakwa tidak dikenakan tindakan sewajarnya kerana masih di bawah umur. Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi mangsa di hospital, sementara Fadhlina mendoakan kesembuhan segera.
