Mengibarkan Jalur Gemilang di halaman rumah bukan sekadar hiasan, tetapi lambang kasih dan bangga terhadap tanah air.

Itulah tradisi yang diteruskan saban tahun oleh seorang peneroka Felda, Mohd Jumaro Marzuki, sejak tahun 2005.

Lebih manis lagi, beliau sendiri dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos 1957, iaitu tarikh bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan.

Tiada lain yang beliau harapkan, selain daripada rasa cintanya kepada negara turut menjadi inspirasi untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

#CeritaMalaysia #AWANInews