Surprise Me!

Tarif AS: Malaysia longgarkan proses pensijilan halal tanpa kompromi standard – TKSU MITI

2025-08-25 26 Dailymotion

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Mastura Ahmad Mustafa berkata pasukan perunding Malaysia menggunakan strategi melantik pihak ketiga untuk memeriksa dan menilai fasiliti produk daging di Amerika Syarikat (AS) sebagai tawaran untuk melonggarkan proses pensijilan halal bagi pengeluar negara berkenaan. Jelasnya, langkah serampang dua mata ini membolehkan Malaysia memberi tawaran untuk mengurangkan kadar tarif daripada AS, dan pada masa sama, tidak berkompromi dalam hal standard halal negara. #AgendaAWANI

Buy Now on CodeCanyon