Surprise Me!

Tampil 'Bold & Vibrant', Konsep 'Mixed Culture' Serlah Keunikan House de Verde

2025-08-26 11 Dailymotion

Tampil 'Bold & Vibrant', Konsep 'Mixed Culture' Serlah Keunikan House de Verde

Kali pertama IMPIANA melihat dekorasi pada kediaman ini, terdetik rasa kagum kerana pemilik mempunyai citarasa yang unik & berani tampil berbeza lain daripada yang lain.

Mengutamakan mix and match serta gandingan Konsep 'Mixed Culture' , pemilik cukup kreatif memilih campuran gaya Eropah, Bali dan Mongol bagi menghiasi ruang kediaman.

Bersesuaian namanya, House de Verde yang bermaksud 'Rumah Hijau'. Tidak hairanlah pilihan padanan rona hijau gelap, emerald, sage & army green disamping pencahayaan suram, menyerlahkan suasana cosy dan elegan pada kediaman.

Menariknya, semuanya dihias sendiri dan kebanyakan dekorasi serta renovasi pada kediaman merupakan hasil DIY gandingan bersama suami isteri secara berperingkat.

Istimewanya lagi, sebuah bilik di kediaman ini juga turut diubahsuai dijadikan mini studio bagi memenuhi minat pasangan ini yang menggemari muzik.

*Saksikan video penuh IMPIANA House Tour ini nanti.

INFO KEDIAMAN:

Nama Pemilik: Nanee Ramli
Usia Kediaman:Februari 2024
Konsep Hiasan Dalaman: Mixed Culture
Lokasi: Semenyih
Keluasan Kediaman: 1700kps
Nama Pereka ID : Dekor Sendiri
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM80,000k

Jenis Kediaman: Teres 2 Tingkat
Spesifikasi Ruang Kediaman:
( Dapur, Bilik Tidur Utama, Bilik Pakaian, Mini Studio Muzik, 4 Bilik Air, Ruang Tamu, Loteng,Balkoni, Dining Area)

#impiana
#housedeverde
#sneakpeekhousetour
#impianahousetour
#mixedcultureconcept
#boldandvibrant

Buy Now on CodeCanyon