Kementerian Pendidikan (KPM) disyorkan supaya melantik bekas tentera dan polis sebagai warden di sekolah berasrama bawah kendaliannya dan bukannya melantik guru untuk memikul tanggungjawab itu.<br /><br />Menerusi syor itu, jawatankuasa berkaitan berkata, pelantikan tertakluk kepada saringan ketat di bawah Seksyen 118 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), dengan bekas tentera dan polis dilantik perlu menjalani kursus dan latihan perlindungan kanak-kanak yang bersesuaian.
