Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mencadangkan supaya hukuman rotan dikembalikan semula bagi menangani isu disiplin membabitkan pelajar di sekolah.<br /><br />Semasa membahaskan isu buli di Dewan Rakyat pada Rabu, beliau mendakwa, gejala buli menjadi lebih parah disebabkan golongan pembuli ini terpengaruh dengan filem tidak bermoral yang disiarkan di pawagam dan penstriman dalam talian.<br />