Surprise Me!

Gempa bumi Segamat: 15 bangunan kerajaan rosak, baik pulih setengah juta

2025-09-08 2,677 Dailymotion

Gempa bumi Segamat: 15 bangunan kerajaan rosak, baik pulih setengah juta

Sebanyak 15 bangunan kerajaan dikenal pasti mengalami kerosakan kecil dengan anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,000, susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah itu bermula 24 hingga 30 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, laporan itu hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat setakat 3 Sept lepas ke atas bangunan melibatkan Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat Kadi Daerah, sekolah-sekolah dan kuarters kerajaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747077/berita/nasional/gempa-bumi-segamat-15-bangunan-kerajaan-rosak-baik-pulih-setengah-juta

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #gempabumi #gempabumisegamat #segamat

Buy Now on CodeCanyon