Makmal ekstasi RM598 juta tumpas, 4 lelaki dicekup

Taktik sindiket yang menyewa premis di kawasan perindustrian untuk dijadikan makmal memproses dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) atau ekstasi terbongkar susulan tangkapan empat lelaki dalam serbuan menerusi Operasi Pine (Op Pine) di Lembah Klang pada 10 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, dalam operasi yang dijalankan antara jam 8 pagi hingga 11 pagi itu, empat lelaki tempatan berusia 34 hingga 51 tahun telah ditahan, dengan rampasan dadah seberat 3,586.45 kilogram dianggarkan bernilai RM598.9 juta.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748336/berita/semasa/makmal-ekstasi-rm598-juta-tumpas-4-lelaki-dicekup

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #makmaldadah #sewapremis #OpsPine