Proses baik pulih infrastruktur akibat banjir dan tanah runtuh di Sabah perlu disegerakan tanpa mengikut prosedur biasa yang lazimnya mengambil masa panjang.<br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, situasi bencana kali ini memerlukan tindakan pantas kerana ia menjejaskan kehidupan harian ribuan mangsa.<br />
