Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sukan air tertua di dunia itu bukan sahaja berperanan memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama, malah menjana kegiatan ekonomi setempat termasuk kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
