Situasi banjir di Sabah semakin pulih manakala jumlah mangsa di Sarawak masih kekal setakat petang ini.<br /><br />Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 130 orang daripada 31 keluarga petang ini, berbanding 439 orang daripada 128 keluarga pagi tadi.
