Situasi banjir di Sabah yang semakin pulih memberikan kelegaan kepada sebahagian besar penduduk yang terjejas.<br /><br />Kini, kebanyakan mereka berdepan satu lagi cabaran iaitu proses pembersihan yang sukar susulan lumpur dan selut yang tebal.<br /><br />Bagi mendapatkan butiran lanjut, kita terus bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir yang berada di Kampung Sarapung, Penampang. Apa perkembangan terkini di sana, Khalis?
