Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Mashaf Al-Quran Braille Malaysia dan Panduan Ibadat Haji Mesra OKU Penglihatan (Versi Braille).
