Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Amim Othman melihat pelaksanaan subsidi bersasar RON95 menerusi program BUDI95 menandakan kemajuan malaysia dalam pendigitalan sistem ekonomi.<br /><br />Melalui penggunaan MyKad, e-invois dan sistem data bersepadu, kerajaan dapat menguruskan subsidi secara lebih telus dan cekap, selain memahami realiti kos sara hidup rakyat yang tidak tercermin dalam angka inflasi rasmi negara. #DialogPoketRakyat
