Surprise Me!

Hamas kaji pelan damai Trump untuk Gaza

2025-10-01 48 Dailymotion

Hamas memulakan rundingan dalaman bersama beberapa puak Palestin bagi meneliti pelan damai yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk menamatkan serangan di Gaza. Pelan itu termasuk gencatan senjata serta-merta, pembebasan tahanan, pelucutan senjata Hamas, dan pengunduran berperingkat tentera Israel. Walaupun Hamas menyatakan keterbukaan terhadap sebarang cadangan, sumber dalaman menyifatkan pelan itu berat sebelah kepada Israel dan tidak mencerminkan rundingan dengan negara Arab, malah lebih selari dengan pendirian Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Buy Now on CodeCanyon