Corak serangan oleh tentera Israel sukar diramal walaupun mereka sebenarnya berpeluang untuk membuat pintasan lebih awal pada pagi tadi waktu Malaysia.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kini cabaran mungkin lebih getir kerana pelayaran menghampiri ke zon merah jam 9 malam nanti.

Beliau berkata, hanya doa yang mampu mengiringi perjalanan mereka untuk menempuh satu detik yang panjang walaupun hanya berbaki sekitar 100 batu nautika sahaja lagi untuk sampai ke Gaza.