Rakaman menunjukkan aktivis Global Sumud Flotilla, Thiago Avila enggan mengubah haluan walaupun menerima amaran daripada tentera laut Israel pada malam Rabu, menegaskan misi mereka adalah 'kemanusiaan dan tanpa kekerasan' ke Gaza membawa bantuan, serta menuduh Israel melakukan genosid dan pembersihan etnik selama lapan dekad, yang melanggar undang-undang antarabangsa.<br /><br />Beliau menegaskan mereka tidak akan mematuhi arahan Israel kerana ia dianggap sebagai usaha meneruskan penindasan. #AWANInews