Dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI di Istanbul, aktivis dan penyanyi Zizi Kirana berkongsi bagaimana beliau dan rakan-rakan wanita menggunakan t-shirt putih sebagai tudung untuk menunaikan solat di penjara Israel selepas semua hijab mereka dirampas. Zizi turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan Turkiye atas usaha diplomasi yang membawa kepada pembebasan mereka.
