Malaysia telah membuat rayuan kepada Kerajaan Singapura untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati terhadap warganegara Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman, yang dijadualkan pada pagi Rabu, 8 Oktober 2025. Rayuan ini dibuat susulan maklumat terkini yang diberikan oleh Pannir, yang berpotensi membantu pendakwaan terhadap pihak yang lebih besar dalam sindiket dadah rentas sempadan.
